Tabung
Baitulmal Sarawak yang diamanahkan serta bertangungjawab mentadbir dan mengurus kutipan zakat perlu menyediakan
Lapuran Keewangan Tahunan untuk pengetahuan umum terutamanya umat islam yang
telah membayar zakat mereka.
Pembayaran
zakat memang dituntut dalam islam dan
pengagihannya wajib mengikut hukum syarak kepada penerima yang diketagorikan kedalam lapan asnaf zakat.
Menurut
sumber yang dipercayai bahawa TBS telah mengagihan berbagai bentuk bantuan kepada 17,216
penerima termasuk berbagai organisasi hingga tahun 2011.
Pembayaran
Zakat tahun ini dijangka berjumlah RM60 Juta termasuk kutipan RM25 juta dari
orang perseorangan melalui berbagai cara termasuk bayaran potongan gaji bulanan
mereka.
Cadangan
atas TBS menyediakan lapuran Tahunan
keewangan tidak bermakna kita mempersoal kewibawaan , ketulusan serta amanah
yang telah dipertanggunjawabkan kepada mereka
tetapi Lapuran tersebut semata mata bertujuan untuk mendedahkan aliran
zakat yang diterima untuk pengetahuan umat islam itu sendiri.
Sudah tentu
dengan adanya lapuran keewangan tahunan yang diodit akan memantapkan lagi ketelusan
mereka membelanja dan mengagihkan wang zakat kepada mereka yang berhak untuk
menerimanya.
Tidak
gunanya kita mempunyai Bangunan indah mencakar langit manakala gulungan fakir ,miskin
dan sumbangan terhadap fisabillilah masih terabai.
Kita berharap
dengan perlantikan “Amil” yang akan berkerja sepanjang tahun boleh membantu TBS dalam mengenal pasti ketiga
tiga kumpulan ini yang lebih berhak mendapatnya.
Mengenai
desas desus bahawa sewa Dewan Majlis
Islam akan dinaikan,ramai kalangan umat islam berpendapat supaya sewa dewan
tersebut dikekalkan.
Comments
Post a Comment