Konvensyen PIBG 2001 Di Institute Aminuddin Baki Pahang

 Makan malam berama Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan di Dewan Besar Insttute Aminudin Baki Pahang.  Duduk dari kiri Encik Hatta Wakil Penarah JPN Sarawak,Hji Wan Zain YDP MAPIM Sarawak,Encik Kamal dan Cikgu Ishak PPD Kot Semarahan dan Berdir di belakang Cikgu Hairari Ibu Pejabat JPN Saawak
Sebahagian dari peserta konvensyen dari seluruh Negara.


Konvensyen Persatuan  Ibu Bapa Guru 2011 yang dianjurkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia di Institute Aminuddin Baki Pahang  bermula pada 9hb hingga 11hb Disember 2011 tidak memberi impak yang positif terhadap PIBG mengenai isu dan masalah yag dihadapi oleh Persatuan ibu bapa guru sekolah.
Pihak kementerian seharus mengunakan plateform tersebut mengambil peluang dan menyedia masa yang cukup mendengar maklum balas dari perserta yang terdiri  dari YDP PIBG dari seluruh negara.
Disamping mendengar dasar baru seperti KSSR,LINUS,1Murid 1Sukan dan MBMMBI peserta juga didahkan dengan isu yang berbau politik yang sepatutnya tidak disentuh dalam membangun dasar dan memantap kan isu pelajaran terhadap anak anak bangsa.
PIBG hanya dilihat sebagai badan mencari dana untuk sekolah tetapi mengenai isu korukulum dan ko kurukulum ramai juga pihak sekolah tidak  memberi laluan kepada PIBG untuk turut terlibat berkongsi tenaga dan fikiran membangun pelajaran walaupun Akta dan Peraturan serta Perkelilingan Kementerian menganjur Pentadbir Sekolah berbuat demikian.
Disamping itu YDP yang dipilih tidak berfungsi dan hanya dilantik semata dijadikan "rubber Stamp" untuk pihak Pentadbir Sekolah  lesen untuk mendapat dana dari YBs, orang ramai dan tidak mempunyai suara untuk menegur sekolah jika terbukti pihak pentadbir menbuat kesilapan dari segi kebajikan dan akedemik pelajar.
Keberkesanan Dasar KSSR dan LINUS amat memerlukan kerjasama yang erat dari PIBG terutamanya gulungan Ibu Bapa.  Kejayaan SK Ulu Lubai sebagai contoh adalah atas sikap dan komitmen Guru Besar  yang ingin melihat anaknya bangsa maju sehingga ketaraf global. Sikap keterbukaan dan memohon PIBG mengembileng tenaga membangun sekolah serta minat anak murid untuk menimba ilmu satu usaha dan sikap yang wajib dicontohi oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah di seluruh Negara.
Guru Besar bersama tenaga Pendidik bukan sahaja berjaya menanamkan semanggat kekitaan terhadap sekolah malah mentransformasikan peranan PIBG lebih proaktif membantu sekolah jika diperlukan setiap masa. Beliau malah berinovasi dalam membawa pendekatan baru bersama PIBG sehingga mampu meraihkan anugerah Negeri,Nasional dan Antara Bangsa.
Yang menyedihkan sebahagian besar Sekolah tidak mementingkan input dari PIBG dan malah sekolah senantiasa jumut dengan cara lama.Teguran dan pesanan untuk ibu bapa untuk bersama sekolah kadang kala dibua sebagai rhetorik dalam ucapan mereka dan bertindak bertentangan dengan seruan tersebut disabaliknya.
Oleh yang demikian yang wajib ditransformasikan dalam hal ini adalah gulungan Pentadbir Sekolah setelah itu mentransformasikan sikap guru sehingga menjadi pentadbir dan guru yang berkualiti untuk Menghasilkan pelajar yang berkualiti. Dengan cara itu sudah pasti dasar KSSR adn Linus akan mencapai kejayaan yang maksima dan membentuk masyarakat yang berkualiti dan berinovasi ,kreatif dan kretis. Jika ini berhasil maka masyarakat akan menghargai erti perpapduan dan semanggat patriotism cintakan negara wujud dengan sendiri terhadap Malaysia seperti impian gagasan Satu Malaysia yang dilaung laungkan oleh Kerajaan  masa kini.Konvensyen ini gagal mencapai objectifnya malah ramai peserta berpendapat bahawa konvensyen ini hanya diadakan untuk memenuhun aktiviti Tahunan Kementerian pelajaran.

.

Comments