BANGUNAN SULTAN ISKANDER JALAN SIMPANG TIGA KUCHING
Kita merasa amat sedih dan terkilan atas satu kejadian yang berlaku atas Sdra kita Ustaz Dr.Juwanda ketika beliau berusaha untuk mendapat MyKad untuk anak perempuan beliau di JPN Kuching. Sebagai Mufti Perlis beliau boleh memilih untuk mendapat khidmat VVIP dari JPN tetapi beliau sengaja tidak berbuat demikian dan bersedia beratur dan mengambil nombor giliran seperti orang awam yang lain. Tahniah atas semanggat tersebut.
Tetapi nasib tidak berpihak kepada beliau dan telah berhadapan dengan satu kejadian yang sepatutnya tidak berlaku atas seorang anak peribumi Sarawak berbangsa Melanau. Semua kelemahan ini tidak berlaku Jika JPN lebih berhati hati dalam mengemaskini kan data peribadi rakyat Malaysia terutamanya anak peribumi Sarawak.
Kesilpan seperti ini tidak masuk akal jika pegawai yang bertanggungjawab coba memastikan bahawa data peribadi wajib tepat. Maka perlu pegawaian dan JPN wajib menyemak semula data data tersebut sebelum membuat postin maklumat yang sah dan tepat.
Ustaz Dr.Juwanda adalah seorang rakyat jati Malaysia dan sijil lahir anak bliau lahir di Malaysia dengan sijil lahir yang dikeluarkan oleh JPN sendiri walau un Isteri beliau berwarga negaraan Indonesia. JADI BAGAI MANA ANAK BELiAU DIKATIGORIKAN BUKAN RAKYAT Malaysia ???? Peraturan dan Akta itu jelas dalam hal ini.
Apa yang menyedihkan bahawa JPN tidak begitu berhati hati dalam mengemaskini kan data sehingga mungin berlaku kerja kerja ini dibuat oleh kaik tangan yang tidak mahir. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi dimana perginya Pegawai yang memantau.
Kerja kerja penisian maklumat atau data peribadi di Sarawak wajib dibuat secara berhati hati kerana keunikan masyarakat itu sendiri. Ada nama sama dengan nama umat islam tetapi bukan islam tetapi dibubuh sebagai “beragama Islam” kerana hanya perkataan “Bin atau Binti”. Ada yang khawin sehaja orang asing zuriat dianggap “stateless” ada yang tidak. Ada yang peribumi katakan “Bukan Peribumi”. Semua ini sudah tentu tidak berlaku jika JPN lebih berhati hati dalam mengemaskini maklumat atau data peribadi rakyat.
Yang lebih aneh. Ada yang baru khawin dengan rakyat Sarawak sebulan dua isteri sudah dapat kerakyatan termasuk adek beradek ,suami ,isteri termasuk kerabat keluarga metua saisi keluarga. Kerana ini berlaku sebab Pengarah wilayah mengunakan “budi bicara “ satu kuasa yang ada pada beliau termaktub dalam peraturan dan kuasa JPN Negeri.
Ini lah masaalah Jabatan Jabatan Persekutuan yang banyak berurusan dengan orang ramai di Sarawak.Isu yang dihadapi oleh Sdra kita Ustaz Dr.Juwanda adalah dianggap secebis dari masaalah yang sebenarnya. Kalau ini berlaku atas beliau tidak mungkin ada yang lebih ramai berlaku ke atas mereka yang kurang faham menegnai “procedures” JPN.
Ada juga berpengalaman lebih dahsyat dari diatas. Kaunter kaunter Jabatan Persekutuan termasuk teleponis dikendalikan oleh mereka yang tidak memahami apa apa tetapi berkelakuan bijak. Sementara kasar dan tidak punya sikap kepedulian.Kadang telepon dijawab berjam jam dan kerap disambung kepada pegawai yang salah.
Mereka bangga kerana pencapaian yang cemerlang tetapi kecermelangan tersebuut hanya merupakan satu pencapaian kosmatik. Syok sendiri. Tetapi orang ramai tetap menerima khidmat yang kurang berprestasi tinggi.
Saya berharap JPN jangan begitu mudah mendedahkan data peribadi kepada umum melalui media masa manakala data data tersebut belum tentu sahih atau mungkin salah.
Comments
Post a Comment