Mesyuarat Agung Alumni SMK Three Rivers menghadapi sambutan yang dingin dari bekas pelajar sekolah tersebut yang diadakan di Hotel Rajah Court Kuching pada 16hb Disember 2011. Sudah tentu banyak persoalan yang timbul kenapa keadaan sedemikian yang terjadi padahal jumlah bekas pelajar yang hadir di Majlis Makan Malam untuk merayakan hari ulang tahun yang ke 50 malam sebelumnya dihadiri hampir 200 orang bekas pelajar yang datang dari Mukah termasuk mereka yang ada menetap di Bandar Kuching.
Keadaan sebuah Persatuan Bekas Pelajar SMK TRS seperti pepatah "hidup segan mati tak mahu ' sebelum ini wajib diberi nafas baru supaya peranan mereka lebih menonjol sesuai dengan objektif Persatuan diwujudkan.
Saya melihat tanpa kegigihan serta kerjasama oleh Pengetua Sekolah Cikgu Haji Bidin yang telah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat sebelum ini telah berjaya mempertahan kewujudan Alumni walaupun beliau telah menghadapi beberapa kekangan termasuk kesibukan kerja sebagai Pengetua Sekolah.
SMK TRS telah banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dan ada diantara mereka berjaya dalam dunia korperat, Politik ,kemasyarakatan ,pelajaran dan sebagainya yang mampu membantu mempergiatkan usaha mengalak dan membangun tahap sosial ekonomi serta pembelajaran anak tempatan yang belajar di SMK TRS ketika ini.
Sebab itu isu seperti penganguran , masalah sosial kalangan belia bekas pelajar TRS dan sebagainya perlu diberi perhatian yang secukupnya oleh Alumni. Badan dijadikan penghubung , penyebaran maklumat , membela mereka yang kurang bernasib baik, menyedia khidmat nasihat kepada lepasan sekolah baik dari segi melanjutkan pelajaran atau peluang pekerjaan harus diberi penekanan khusus.
Kerana Persatuan dilihat kurang berfungsi "mungkin" antara sebab sambutan bekas pelajar terhadap Persatuan tersebut merosot dan dingin . Dengan pemilhan Ahli Jawatankuasa baru walaupun mereka orang lama kita berharap mereka lebih proaktif serta bersedia untuk mendengar dan menerima beberbagai cadangan dari ahli yang ada. Sikap keterbukaan ,kepedulian , perancangan yang teratur akan menarek minat ahli untuk sedia membantu jika diperlukan.Insyallah.
Comments
Post a Comment