Sarawak ditangga ketiga antara Negeri yang dikatakan telah melahir 17,570 bayi luar nikah setelah Selangor 18,000 bayi manakala Sabah menududuki tempat teratas berjaya melahirkan 41,000 bayi luar nikah antara tahun 2008 hingga 2010.
Disegi miskinan Sarawak dikatakan ditangga 3 termiskin selepas Kelantan Negeri miskin di Malaysia. Dalam keputusan UPSR Sarawak telah diletakkan ditangga atas dalam pencapaian prestasi lemah berbanding dengan Negeri Negeri lain di Malaysia.
Menteri yang bertanggungjawab atas Pembangunan Keluarga dan Wanita sebelum ini wajib memberi penjelasan kepada penduduk umum dan kurangnya keberkesanan program yang dilaksanakan oleh Kementerian tersebut sehingga jumlah bayi Luar nikah begitu tinggi.
Mungkin terlalu taksub dengan publisiti sehingga mengabaikan keutamakan program pencegahan yang lebih membawa kesan terhadap gejala yang sedang berlaku ketika ini. Tidak hairan satu hari kelak Sarawak akan menduduki tangga diatas dalam kes pembuangan bayi jika tren kelahiran bayi luar nikah terus meningkat.
Oleh yang demikian Kementerian yang khusus bertanggungjawab mengenai pembangunan keluarga wajib memberi tumpuan dan mencari jalan untuk menyediakan program yang mantap mampu membuahkan hasil. Kita juga mengaharapkan mereka lebih banyak berkerja dari terlalu banyak publisiti dan bercakap yang sudah tentu tidak akan mendatang keberkesanan program atas kumpulan sasar yang bermasalah.
Comments
Post a Comment