Wujud Majlis Penyalaras Kebajikan Kanak Kanak Negeri Sarawak

Mapim menyambut baik cadangan Jabatan Kebajikan  Sarawak untuk mengwujudkan Majlis Penyalaras Kebajikan Kanak Kanak Sarawak  yang bertindak sebagai badan induk Jawatankuasa Kebajikan Kanak Kanak  (JKKD) , Ahli Lembaga Pelawat dari institusi  Rumah Kanak Kanak , Sekolah Tunas Bakti dllnya
.
Kita percaya bahawa kewujudan Majlis tersebut mampu membantu  Jabatan Kebajikan menyalaras JKKD dan Ahli Lembaga Pelawat institusi  supaya badan tersebut berfungsi  lebih proaktif dan tidak akan lari dari tujuan asal Jawatankuasa tersebut di tubuhkan.

MAPIM berharap cadangan tersebut boleh jadi kenyataan demi menyalaras kegiatan serta aktiviti JKKD dan ALP yang ada sekarang.

Comments