Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Cawangan Sarawak mengalu-alukan cadangan Kementerian Wanita dan Kebajikan Negeri Sarawak untuk mengwujudkan Majlis Penyalaras Kebajikan Kanak Kanak bertujuan untuk menyalaras fungsi dan kegiatan Jawatankuasa Kebajikan Kanak Kanak Daerah dan Ahli Lembaga Pelawat bagi Institusi Kanak Kanak kata Haji Wan Zain Syed Mohdzar Yang DiPertua MAPIM ketika memberi komen atas hasrat Menteri YB Datuk Fatimah Abdullah di Sibu waktu berucap dalam majlis mengagihkan gran pentadbiran serta sijil perlantikan ahli JKKD dari seluruh Sarawak baru baru ini.
“Penubuhan Majlis tersebut amat tepat pada masanya yang akan bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Kerajaan Negeri kerana ianya akan member laluan penglibatan NGOs untuk sama sama mengembeling tenaga untuk berganding bahu dalam membela keadilan sosial dan pembangunan moral , etika dan rohani kalangan kanak kanak yang terabai atau dianiayai dengan harapan mengwujudkan satu bangsa yang bersatu padu ,progressif , damai ,penyayang ,adil dan berperikemanusiaan sepertimana yang termaktub dalam Akta 611” tambahnya.
Beliau yakin dan percaya bahawa Majlis yang bakal ditubuh akan membantu kementerian untuk menyuntik satu semanggat baru dalam usaha untuk meningkatkan kegiatan para sukarelawan dalam Jawatankuasa Kebajikan Kanak Kanak Daerah , Ahli Lembaga Pelawat dan sebagai supaya lebih efektif dalam menandangi masaalah sosial kalangan kanak kanak yang semakin meningkat dewasa ini.
Dengan wujudnya MPKKS ini sudah tentu akan membatu kementerian mencari jalan sehingga keakar umbi dalam menyelesai kan masaalah sosial dikalangan Ketika ini., Pihak Kementerian /Jabatan amat memerlukan sokongan sukarelawan untuk membantu mereka mengalak penglibatan masyarakat,institusi keluarga,pemimpin dan ketua kaum serta individu dalam mencegah keruntuhan aklak yang berlaku ketika ini secara bersepadu dan teratur.
Jumlah anak anak yang terabai dan teraniaya serta mangsa rogol semakin meningkat. Disamping kanak kanak terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah dan mencuri amat ketara.Oleh yang demikian satu plan dan strategi bersepadu amat diperlukan dalam menenangi jenayah juavana ini melalui sebuah Majlis Penyalaras Kebajikan Kanak Kanak Sarawak yang akan menumpu agendanya kearah Perlindungan ,Pemiliharaan , Pemulihan ,penyeraaan, perkembangan serta Pendidikan dimana hak mereka untuk membesar dalam suasana aman , kasih saying dan persafahaman membentuk diri sehingga yakin ,bermaruah dan mempunyai nilai seorang manusia sepertimana yang termaktub dalam Convensyen Hak Asasi Kanak Kanak (CRC) 1994.
Comments
Post a Comment