SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI


Kita bersyukur kehadrat Allah swt kerana kita telah menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan Al mubaraq tahun ini dalam suasana aman damai berbanding dengan umat islam yang terpaksa menempuhi serta menghadapi berbagai konflik dan ujian.Suasana sedemikian serba sedikit  telah menggangu aktiviti ibadat puasa yang mereka kerjakan.

Sebagai rakayat Malaysia sudah tentunya suasana Hari Raya tahun ini akan bertambah mariah sebab dalam masa yang sama kita merayakan Hari Kemerdekaan kita yang ke 56.Mudah mudahan  dalam bulan dan hari baik akan memantapkan lagi semanggat perpaduan dan persatuan bangsa berbagai kaum melalui kunjung mengunjungi sanak saudara serta sahabat andai dekat dan jauh.
 
Gulungan ibu bapa adalah kumpulan yang terbesar  dari jumlah penduduk Negara dan tidak dinafikan bahawa gulungan ini yang banyak mempengaruhi lanskap sistem pentadbiran serta struktur sosial kemasyarakatan sebuah negara.Tidak dinafikan bahawa gulungan ibu bapa yang banyak menyokong serta  menyumbang tenaga  dan wang ringgit kearah membangun generasi  mendatang dalam berbagai bidang kehidupan. Mereka adalah pelabur utama dalam usaha kerajaan membangun modal insan sehingga terus maju dan bersaing dipentas global
.
Oleh yang demikian marilah kita sama sama membangun sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera. Mempastikan dan memberi perlindungan secukupnya dalam membangun keluarga yang bahagia.Meyedia dengan sebaik mungkin serta mengwujud persekitaran yang harmoni sehingga keselesaan tersebut boleh menjamin pertumbuhan pelajaran dan pembelajaran kalangan anak anak mampu menghasilkan masyarakat yang berilmu dikemudian hari.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri maaf zahir dan batin dan mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2011

Comments