SANGGUP JUAL MARUAH DIRI ??????

Saya terserempak dengan seorang teman berasal dari bandar Sibu Sarawak dimana beliau mengeluh panjang mengenang nasib bangsa terutamanya kalangan peribumi  islam sanggup mengandai maruah diri dengan bayaran semata mata untuk mengaku  sebagai isteri sehingga suami (orang luar Negara) boleh tinggal lama di Sarawak.
Sindiket jual nama dan sijil surat nikah palsu diatur sedemikian rupa dimana mangsa yang terlibat akan mendapat sagu hati mencecah ribuan ringgit dan dituruti dengan bayaran bulanan sara hidup mereka dari suami dengan tujuan supaya mereka tidak akan berulang alek keluar Negara dalam memperbaharui  pass lawatan atau visa mereka.Sebagai suami  jaminan untuk terus  bertapak di Negeri ini akan dijamin oleh “isteri” tempatan yang  hanya berlaku diatas kertas oleh sindiket tersebut.
Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menumpas kegiatan yang kurang sihat seperti  ini. Menjadi tanggungjawab pihak Immigressen , Jabatan Agama,Jabatan Buruh  dan Agensi Agensi  bersabitan dengan pengambilan tenaga asing dipantau dengan rapi supaya sindiket seperti ini tidak terus wujud dinegara kita secara keseluruhannya.
Rakyat Malaysia terutamanya  anak bumiputra islam secara keseluruhannya hidup dalam katogari  kumpulan miskin tegar sudah tentu dijadikan sasaran.Kedaifan mereka mengenai perundangan dan sistem pentadbiran Negara  memudahkan mereka ditpu helah oleh kumpulan yang sedia menjual maruah bangsa kepada orang asing.
Jika sekiranya benar apa yang diperkatakan ,mari lah kita merapatkan saf untuk sama sama kita membendung kegiatan yang tidak bermoral ini yang berlaku kalangan wanita muslim yang dijadikan mangsa penipuan disebabkan sedikit imbuhan. Berdoalah kita supaya apa yang dikatakan tidak benar berlaku….


Comments