Saya hanya mengambil kesempatan ini memberi peringatan kepada ibu bapa ketika berbelanja waktu menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri.Umat islam hendak lah berhati hati dalam membeli barangan basah dan kering.Allah swt telah tegas dalam hukum halal / haram diantara firman Nya dalam ayat berikut mengenai makan minum:-
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَى أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. ( surah Al Anaam Ayat 121)
Mudahan mudahan ibadat kita diterima oleh Allah swt.
Selamat Hari Raya Adil Fitri Maaf Zahir Batin
Comments
Post a Comment