Nasib mereka yang miskin lagi lemah


Ramai yang mungkin sependapat dengan saya bahawa gulungan miskin dan lemah di Negara ini tetap tidak akan mendapat pembelaan serta perlindungan dari sistem perundangan baik  sistem pentadbiran Negara.

Saya terkilan dengan satu kes melibati pergaduhan antara pelajar sekolah Menengah dimana kes tersebut berakhir di Makamah Kanak Kanak  dan akhirnya petuduh dihukum berkelakuan baik dengan ikatan jamin Bon selama  setahun Seksyen 91(1) (b) Akta Kanak Kanak.

Apa yang menarek dalam Kes ialah Petuduh telah didapati bersalah dan dengan sengaja mencedera  mangsa dituduh dibawa Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Penal Code) dan jika sabit kesalahan dihukum di bawa Seksyen 34 dibawah Akta yang sama.

Menurut Lapuran Ahklak Petuduh adalah seorang pelajar miskin yang baik prestasi dalam mata pelajaran dan sering dibuli dan diejek oleh rakan sesekolahnya.Kerana tidak tahan diejek dan dibuli oleh mangsa maka terjadi satu perkelahian antara. Lapuran polis dibuat oleh oleh mangsa dan Petuduh ditahan reman semalam di Balai Polis atas alasan penyiasatan.

Yang mencurigai apa sebenar yang berlaku ketika pelajar tersebut dalam tahanan.Sudah tentu wujud keadaan dimana pihak yang bertanggungjawab mengambil Jalan mudah untuk pelajar ini mengaku perbuatannya  walau pun mereka mengaku bahawa pengadu tidak pernah diambil kenyataan kenapa mangsa ditumbuk oleh petuduh.

Manakala lapuran akhlak telah dengan jelas melapurkan bahawa  Pengadu adalah kaki buli dan ejek disekolah dan pengakuan tersebut telah dengan jelas diakui oleh Petuduh waktu persidangan.

Kerana Petuduh adalah keluarga miskin dan tidak berdaya maka mereka akur atas hukuman tersebut walaupun ternampak ciri ciri provokasi oleh Pengadu sebelumnya. Disamping itu pihak Pendakwa Mengaku bahawa Penyiasatan tidak dibuat berlakunya perkelahian  tetapi hanya berdasarkan atas lapuran mangsa  yang pengadu telah ditumbuk dan dicedera.

Percegahan dua lapuran ini tidak diambil kira oleh Makamah dan mengambil keputusan disebabkan Petuduh sudah mengaku salah (Pleaded Guilty) diperingkat persidangan (trial). Dalam menjatuhkan hukuman sudah tentu pihak Makamah wajib meneliti  unsur “provokasi” dan mengadili kes tersebut dengan seadil adilnya serta penuh bijaksana. Sawajarnya petuduh hanya layak dilepaskan dan diberi amaran menurut Seksyen 91(1)(a) Akta Kanak Kanak. Oleh kerana Petuduh adalah seorang pelajar keluarga miskin dan lemah maka mereka tidak mampu untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya dan penyiasatan hanya berlaku berat sebelah.

Ini lah kelemahan proses perundangan dan pentadbiran  Negara perlu ditransformasikan  untuk kesejahteraan rakyat jelata.Mungkin pandangan ini salah tetapi ianya benar berlaku.

Comments