Semua Hendak Jadi KM ?

Jawatan Ketua Menteri Sarawak merupakan satu jawatan rebutan semua Parti yang memerintah. Tetapi menurut Perlembagaan Negeri Sarawak Jawatan tersebut hanya layak disandang oleh seseorang mewakili parti secara majoriti dan dipercayai  boleh mempangaruhi ahli Dewan lebih dari dua pertiga suara dan seterusnya wajib diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak.

Ramai yang berniat sambil mimpi dilantik sebagai Ketua Menteri untuk menganti Pehin Seri termasuk beberapa buah parti dan individu yang kalah teruk dalam pilihanraya ahli Dewan Undangan Negeri baru lalu sama ada mereka mewakili parti atau bertanding mengunakan tiket bebas.

Isu siapa penganti Pehin Seri sebagai Ketua Menteri Sarawak saptutnya tidak lagi kedengaran..Kotak undi telah jelas memberi mandat baru kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah Negeri Sarawak. Kerajaan dibawah kepimpinan YAB Pehin Seri sepatutnya diberi peluang untuk menyambung memantapkan dasar pembangunan mereka.

Sistem berpolitik di Malaysia termasuk Negeri Sarawak menerima dan mengamal satu sistem berparti.Oleh demikian dalam Barisan Nasional parti parti komponen seperti PBB, SPDP, PRS dan SUPP telah bertanding dengan mengunakan lambang yang satu.Yang menang banyak kursi akan diamanahkan untuk menumbuh kerajaan dan proses ini telah berjalan sesuai dengan undang undang tubuh negeri.

YB Datuk Alfred Jabu, YB Abang Abdul Rahman Johari,YB Datuk Awang Tengah , YB Datuk Adenan Satem dan lain lain dalam PBB, YB Datuk William Mawsan  SPDP,YB Datuk James Masing PRS dan Datuk Wong Soon Koh dari SUPP semuanya layak jadi penganti YAB Ketua Menteri tetapi perlantikkan tersebut wajib bersusuaian denga Perlembgaan Negeri dan sudah tentu pemilihan bergantung pucuk kepimpinan dan parti untuk memilih siapa layak menerajui Kerajaan selepas YAB Pehin Sri.

Sudah tentu ramai beranggapan mengikut hiraki parti.Tetapi tidak sedikit jumlahnya berpendapat  bawah pengantinya wajib berpengelaman dan menduduki hiraki teratas sambil mampu memupuk perpaduan serta persatuan bangsa. Sebab jawatan Ketua Menetri  bukan hanya untuk satu kaum  tetapi untuk semua kaum di Negeri ini.

Suara suara sumbang dari gulungan mereka yang mimpi dan berhasrat untuk menduduki jawatan tersebut wajib diketepikan dan ajenda untuk membasmi  kemiskinan, peningkatan kos hidup yang kurang terkawal, gejala sosial  yang berluasa,memantapkan ajensi kerajaan,memperkasakan kemudahan awam dan memperlihatkan pendidikan anak bangsa terjamin dan sebagainya supaya dijadikan isu pokok. 

Dalam masa lima sudah tentu rakyat akan menilai prestasi wakil wakil rakyat yang menang  dan Parti dan parti akan menghukum mereka jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

Comments