Parliment Belia harus diwujud atau tidak ?

Cadangan untuk mnegwujudkan Parlimen Belia Malaysia amat dialu-alukan.Dalam tahun akhir 70an  Majlis Belia Malaysia pernah mengutarakan cadangan bahawa Parlimen Belia Malaysia harus diwujudkan memandang Malaysia sebuah negara yang baru membangun. Dibeberapa buah negara Asean telah mengwujudkan Parlimen Belia  dan mereka berfungsi membantu kerajaan merangka hala tuju masa depan belia sebagai gulungan pelapis pemimpin  generasi muda mendatang.

Sebagai peringkat permulaan Kerajaan wajib memberi pertimbangan untuk melatik beberapa orang Senator atau Ahli Dewan Negara kalangan NGOs mewakili gulungan ibu bapa ,wanita dan  warga emas serta pertubuhan belia peringkat permulaan sebelum Parlimen Belia diwujudkan. Ketika ini ramai Dewan Negara yang dilantik  kalangan ahli politik dan wakil wakil NGOs kurang mendapat tempat untuk sama sama memain peranan menyumbang pemikiran dalam membangun negara.

Proses perlantikan telah ditetapkan dalam Artikel 45 dari Perlembagaan Persekutuan.yang sudah tentu dengan peruntukan tersebut kerajaan berkelayakan bercadang melantikan dari kalangan  NGOs,Persatuan dan pertubuhan  yang wujud aktif  kalangan masyarakat dan belia.

Komposisi dewan menurut Perlembangaan  kuasa Yang DiPertuan Agung melantik 44 ahli Dewan Negara  atas nasihat YAB Perdana Menteri manakala 26  dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Negri yang berjumlah 70 orang Ahli Dewan  Negara. Dalam perlantikan seterusnya beliau menyeru agar Kerajaan lebih banyak melantik wakil  badan NGOs,Persatuan , Kesatuan serta aktivist masyarakat yang aktif kalangan masayarakat masakini.

Komen Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tku Jaafar mengenai Penubuhan Parliman Belia dalam Borneo Post hari ini adakaitannya.

Comments