Menarek subsidi melepataka untuk rakyat miskin.

Kenaikan harga barangan keperluan rakyat pertengahan dan bawahan amat diresai oleh rakyat miskin terutamanya mereka berada di luar bandar. Manakala kaki tangan kerajaan dan swasta yang berpendapatan dibawah RM1000.00 sebulan sudah tentu menerima temparan hebat dari kenaikan harga barangan keperluan harian setiap bulan. Kenaikan bahan bakar (petrolelum) dengan sendiri mendesak pengilang dan pengeluar untuk menaikankan harga mereka yang terpaksa dibebankan oleh penguna akhirnya.

Disamping itu kekayaan negara termasuk petroleum , kelapa Sawit , Getah dan lain lainnya telah menaikan pendapatan negara yang berjumlah berbillion ringgit.Tetapi pendapatan tersebut terpaksa diguna pakai untuk pembangunan dan subsidi menurut sumber yang dipercayai.

Inflasi yang diumukan hanya 3% ternyata kurang tepat kalau dibanding dengan kenaikan harga barangan yang ada dipasaran. Kenaikan harga Minyak mendesak kenaikan semua jenis barangan keperluan dan seterus kenaikan kos hidup rakyat , perumahan ,pengankutan dan sebagainya.Manakal dimasa yang sama kerajaan ghairah untuk membangun negara dengan melaksanakan banyak projek mega yang sudah tentunya tidak memberi keuntungan kepada rakyat keseluruhannya. Projek projek mega baik yang bertaraf serdahana sepatutnya di tangguhkan atau dilaksanakan dengan bujet yang sesuai dengan kemampuan kerajaan ketika ini.

Disamping itu Kerajaan wajib mempastikan tidak berlaku kebucuran yang berlebihan dan pembelanjaan yang boros.Ketirisan bujet melalui perbuatan RASUAH dan menyalah gunakan dana untuk kepentingan satu kelopmpok wajib dihindari.

Kawalan dari kementerian yang bertanggungjawab atas harga supaya tidak dimanupulasi oleh pengusaha yang rakus dan tamak keuntungan wajib dijalankan secara konsisten.Mempastikan kekayaan dari hasil sumber alam  tidak tiris dan dibawa keluar oleh mereka yang berpeluang untuk berbuat demikian dikalangan penerima rasuah.

Pelaburan Asing ke Malaysia amat lembab dibanding dengan Negara Negara jiran manakala index amalan rasuah ternyata di tahap yang memalukan.Kerajaan harus mempastikan bahawa perpaduan bangsa dan penyatuan kaum dijadikan ajenda utama jika Malaysia berhasrat untuk pertanding maju seperti negara negara lain dirantau ini.

Comments