ISU SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA












Mutakhir ini isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia sering dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat baik dibandar dan diluar bandar. Kerana isu ini banyak berhubung dengan isu  Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 yang dikatakan  Kerajaan Pusat tidak menghormati Perjanjian tersebut sepenuhnya sehingga berlaku pembangunan yang tidak seimbang berbanding dengan  Negeri Negeri lain  di Semenanjung Tanah Melayu.

Kalau dilihat dari mata kasar  pembangunan di Sarawak baik Sabah  ada berlaku tetapi tidak lah serancak pembangunan yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu. Dari Jalan Raya sehingga bangunan ,kemudahan infrastruktur  peluang pekerja dan pendidikan seolah olah hanya tertumpu di Negeri Negeri Malaysia Barat kalau dibanding di Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya salah siapa ? Sehingga raykat Sabah dan Sarawak berani bersuara  sehingga mengwujudkan satu kumpulan pemisah yang menama diri nya SSKM bertapak di Sabah.  Ramai yang beranggapan tak mungkin Sarawak yang kaya dengan sumber alam seperti Minyak dan Gas , Kelapa Sawit , Kayu balak dan sebagai nya masih  mundur. Kemiskinan diluar Bandar baik ditepi Bandar begitu ketara. Kegiatan ekonomi yang lembab  sudah tentu memberi tekanan hidup keatas gulungan yang tidak berada. Kesempitan ini amat terasa dan bertambah dimana kos sara hidup semakin meningkat saban hari.

Dalam keadaan sedemikian ramai yang berfikir bahawa penyertaan Sarawak dan Sabah menubuh Gagasan Malaysia wajib dikaji semula. Dilihat tidak memberi keuntungan kepada rakyat. Kuasa yang diberi kepada Parti untuk memerintah tidak menampak perjuangan dan lari jauh dari perjuangan asal kemerdekaan yang bertujuan untuk membela nasib rakyat. Disamping itu apakah benar berlaku berbagai pengabaian oleh kerajaan pusat dengan tidak menyediakan peruntukan yang secukupnya.

Apakah dalam isu ini Sabah dan Sarawak seharus nya menunding jari kepada Kerajaan Pusat ? Atau kegagalan wakil rakyat dari Sarawak dan Sabah tidak berusara di peringkat nasional ??

Memisah diri dari menyertai Gagasan Malaysia tidak lah semudah yang kita fikir. Dan boleh jadi kenyataan jika pihak pemisah ini mendapat sokongan oleh Negara Negara luar dan Badan Bangsa Bangsa Bersatu.

Hanya menjadi tanda tanya apakah bentuk pemerintahan yang bakal ditubuhkan? Dari segi keselamatan apakah kita mempunai pasukan keselamatan kita sendiri dan apa kah jaminan pihak pemisah bahawa kerajaan yang bakal ditubuhkan lebih adil iklas jujur dan tidak mengamal cronisme nepotisme dan  rasuah ?

Oleh yang demikian  kita harus berhati hati dalam menyertai mana mana perjuangan atau gerakan yang belum tentu dijamin akan memberi kesejahteraan dan keselematan kepada Negara yang kita cintai ini.

Salam

.

Comments