BNBBC bukan wakil Rakyat.

Saya bersetuju dengan pandangan Melanau Bloger mengenai isu" BNBBC Sarawak seolah olah tidak berminat jadi wakil Rakyat ". Kalau kita mengikuti persidangan Dewan Rakyat  dan juga Dewan Negara hampir 80% dari jumlah wakil BN Sarawak di Dun termasuk kedua Dewan tidak berminat jadi wakil rakyat.

Saya sering menghadir diri  dalam ketiga  tiga Dewan tersebut semenjak pemerintahan Tun Mahathir sehingga sekarang melihat wakil rakyat kita terutamanya dari Sarawak jarang terlibat dalam perbahasan. Mereka lebih memilih untuk duduk dalam Dewan  sehingga kadang kadang  lelap tidur oleh kerana kenyamanan hawa dingin .

Walau pun Kerajaan Barisan Nasional diserang hebat oleh pihak pembangkang kini diwakili oleh Pakatan Rakyat mereka tetap duduk dan jarang melihat berdiri menjelah membantu rakan mereka yang lain. Kalau wakil rakyat yang pateh berlawak mereka hanya turut gelak ketawa sekadar menambah keriuhan dewan.

Waktu mengundi mereka akan bergegas masuk Dewan semula setelah lepak di kafeteria Dewan dan sudah pasti mereka memberi undi  menyokong usul kerajaan akan tetapi keprincian usul tersebut mereka tidak tahu dan faham. Dengan kata pendek sekadar memenuhi syarat dan mencukupi jumlah undi untuk melulus apa juak bentuk usul dibawa oleh pihak pemerintah. Belum pernah mendengar dan melihat wakil MP Sarawak turut berbahas menyentuh Rang Undang Undang yg diperkenalkan.

Persidangan DUN sebelum Kerajaan diterajui oleh Pehin Seri sebagai Ketua Menteri Sarawak Ahli Dewan Undangan Negeri berdebat sesama sendiri  mengemukakan ujah masing masing baik buruk nya satu dasar dan rang undang undang  yang akan diperkenal untuk rakyat. Tetapi pada hari ini hanya pihak pembakang yang lantang bersuara dan ADUN Kerajaan tetap diam walau pun diserang hebat oleh Pakatan.

Dalam sepuluh wakil Yang bergelar YB jika menyertai perbahasan kalau kita perhatikan dan dengar masa yg diambil 30 minit. Setiap YB dalam mukadimahnya akan memuji kepimpinan kerajaan Persekutuan dan Negeri ( 10 minit ). Lepas itu ucapan mereka berkisar mengenai kekurangan kawasan dari Jalan ,Masjid, Dewan Masyarakat , Padang Bola , Futsal , tangki air,  yang berkaitan dengan infrastruktur kawasan. Lazim nya tidak perlu disebut dalam dewan makan masa 15 minit. Selebihnya nya 5 minit mereka memuji semula kerajaan Persekutuan dan Negeri.  Disusuli dengan ucapan tahniah dan selamat  perlantikan. Kalau tidak makan masa 10 hingga 15 minit.  Setiap YB yang bangkit berbahas akan menguna format ini.  JARANG KITA MENDENGAR MEREKA MENYENTUH DASAR YANG GAGAL ATAU TIDAK DIJALAN MENGIKUT SASARAN.

Ini yang patut mereka utarakan  sambil menutut kementerian yang dipertanggunjawab untuk memberi penjelasan dan langkah langkah untuk membaik pulih  " delivery System".. Impak BRIM mithal nya , GST ,SST , isu Agama, Mekanisma memperkasakan perpaduan , Bahasa, Budaya, ekonomi , pendidikan  dan sebagainya yang bersabitan dengan kehidupan Rakyat.  Kenapa ? takut menyentuh isu isu seperti ini?

Isu infrastruktur tak perlu dibangkit dipohon didewan. Jumpa kementerian bersabitan dan mohon peruntukan  untuk kawasan. Majukan permohonan tersebut kepada mereka termasuk SDOdan SPU dan klo takda dana mereka akan senaraikan dalam bujet baru.

Ahli legislature kita tidak berfungsia sedemikian rupa.  Makna bukan wakil Rakyat sepertimana yg dihurai oleh Melanau Blogger.

Comments