Siapa Calon N.51 Balingian sekali lagi jadi topik hangat di Sarawak



Setiap kali menjelang Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri termasuk Pilihan Raya Kecil akan menjadi tanjuk perbualan hangat kalangan ahli Parti dan masyarakat umum baik di kedai kopi termasuk halaman sosial adalah isu calon.

Kini ada dua Kursi DUN yang hangat diperkatakan.Satu DUN Kajang di Selangor dan satu lagi Kursi DUN Balingian Sarawak yang dikosongkan oleh Pehin Seri Taib Mahmud. N.51 Balingian dikosongkan oleh Pehin Seri kerana beliau telah ditabal sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak menganti Tun Haji Mohd Salahuddin yang sudah berkhidmat sekian lama menduduki kursi TYT Sarawak.

Di DUN Kajang Selangor sudah sah Anwar Ibrahim akan bertanding untuk mempertahan kursi Pakatan dan beliau akan berhadapan dengan Calon BN dari MCA. Beberapa individu termasuk mantan Senator Menteri Undang Undang dan kawan rapat Anwar Ibrahim berhasrat akan bertanding mengunakan tiket bebas. Menurut pemerhati politik bahawa Anwar akan menang dalam Pilihanraya kecil tersebut.

N.51 Kursi DUN Balingian juga tajuk hangat diperbualkan oleh lapisan masyarat , ahli  parti , pengundi dan laman sosial adalah siapa calon akan bertanding mewakili  BN? Ahli Parlimen kawasan tersebut adalah Datuk Mohamad Leo Toyad (BN) dan di DUN Dalat kini disandang oleh Datuk Fatimah Abdullah (BN) Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Sarawak

Penduduk N.51 Balingian  majoriti kaum Melanau yang terdiri dari penganut agama Islam dan Kristian. Oleh yang demikian siapa calon kali sudah tentu akan melihat wakil calon sebb sebelum in Datuk Mohamad Leo Toyad dikata mewakili kaum Melanau Kristian. Sekarang Datuk Mohamad Leo sudaah memeluk islam  maka pengundi merasa bakal calon harus dari diwakili oleh kaum melanau kristian. Ramai nama bakal calon telah disebut termasuk Effendi Nawawi , Bakir Taib (anak kepada Pehin Seri), Datuk Murshi Dr. Juanda Jaya sekarang Mufti Perlis dan dari kaum melanau kristian nama  nama seperti Akit Sebli Timbalan PBB Bahagian Balingian , Paul Druce ,seorang Resident kini masih berkhidmat dalam Kerajaan dan ramai lagi nama nama tempatan di lihat layak jadi calon Parti PBB mewakili BN.

Semalam dikatakan pengundi kawasan Balingian menutut supaya wakil mereka adalah calon dari kawasan tempatan dan berpendapat calon tersebut akan mewakili kaum Melanau beragama kristian.Satu isu yang menarek dan menjadi cabaran untuk Ketua Menteri baru dan Parti untuk memilih yang layak sesuai dengan kehendak pengundi.

Siapa pun dipilih ,calon wajib bebas dari amalan rasuah , jujur , bukan kaki perempuan dan kaki botol , berkemampuan membawa pembangunan untuk kesejahterann rakyat dikawasan yang bakal diwakili , mesra rakya dan memberi kepentingan pembangunan terhadap masyarakat dalam bidang ekonomi , Pendidikan , kebajikan sosial dan sebagainya. Mampu bersuara dan memimpin dengan penuh bijaksana.

Soal menang kalah dikawasan ini tidak timbul. Siapa yang dicalonkan oleh BN untuk mewakili N.51  tetap menang.

Comments