Seorang Tokoh Negarawan wajib dihormati


Ayahanda Tun Salahudin Abang Bareng adalah seorang tokoh negarawan  yg wajib rakyat diberi penghormatan setinggi tingginya oleh rakyat Sarawak. Ayahanda Tun Sallahuddin hampir mencapai umurnya satu abad telah mengutamakan kehendak negara dihtamakan dan bersedia berkorban masa walaupun beliau tahu bahawa masa untuk beliau berehat dan menjalani hidup seperti rakyat biasa amat diperlukan oleh duri dan keluarganya. Ini lah satu pengorbanan demi negeri Sarawak yang tercinta yang masih memerlu khidmatnya ketika itu.

Tun Salahuddin amat mesra rakyat.  Beliau tetap senang didamoingi dan tidak mengira dari latar belakang bangsa siapa yang ingin bertemu dengannya. Ini lah kelebihan Tun Salahuddin. Mesra dan sanggup bersama tetamunya jika diberi kelapangan.

Tun Salahuddin juga minat bersembang di kedai kopi tempat kesukaanya. Berjumpa rakyat sambil lepak berbual mesra dengan yang mendekatinya.

Buah durian dabai antara buah tempatan kegemarannya.  Kerana sikap mesra beliau kadabg beliau kelihatan tidak terlalu gemar dengan protokol. Beliau suka berjumpa dalam keadaan santai kecuali majlis rasmi Astana.

marilah kita sama sama berdoa semoga Ayahanda Tun diberi kesjhatan panjang umur murah rezeki hendaknya. Jasa mu tetap dikenang.

Comments