Kursi DUN PBB Beting Maro bergolak ?


Calon PBB dikawasan DUN Beting Maro merupakan calon muka baru. YB Razali Gapor adalah bekas Pegawai Kerajaan telah dicalon untuk mempertahankan Kursi PBB . Beliau menang tipis ketika berhadapan dengan calon dari (PAS)Pakatan Rakyat dalam PRU Negeri yang lalu.

Setelah memenangi kursi tersebut YB Razali Gapor (yang dilihat merupa Payung Terjun ) yang  bukan dipilih  dari kalangan ahli  akar umbi Parti sudah tentu berhadapan dengan  masalah sokongan Ahli Jawatankuasa Parti peringkat bahagian. Ahli jawatankuasa Parti kebanyakan nya bekas menyokong  kuat mantan ADUN Beladin.  DUN Meting Maro nama sebelumnya  DUN BELADIN telah diwakili oleh Datuk Haji Bolhassan Di , Mantan Menteri Muda Sarawak.

Populariti YB Razali Gapor dikawasan tidak lah sehebat mana sebab beliau tidak dikenali ramai oleh pengundi akar umbi walau pun beliau lahir di Beladin. Menurut beberapa sumber dalaman  YB Razali Gapor  pernah dicabar oleh ahli parti mengenai isu tanah dikawasan tersebut. Menurut mereka yang dapat tanah adalah penyokong tegar ahli Parti Pembangkang. Isu terkini YB Razali Gapor diberitakan mencadang dan menyokong bekas penyokong parti pembangkang dilantik sebagai Penghulu dan Ketua Kaum . Ahli parti PBB disisih manakala individu yang tidak pernah menyumbang bakti kepada masyarakat setempat dari parti lawan telah dilantik mengisi jawatan tersebut.

Dalam usaha beliau , satu ketika  , untuk merebut ketua Cawangan Parti kawasan DUN Beting Maro pencalonan beliau telah ditolak oleh Jawatankuasa Pemilihan atas sebab teknikal. Penolakan  kertas pencalon  untuk bertanding Jawatan tersebut telah memberi  kemenangan kepada mantan YB Datuk Haji Bolhassan Di.

Senerio yang berlaku di Beting Maro mengajar kita bahawa adalah amat penting untuk setiap Parti harus memilih  mencalon dikalangan ahli diperingkat akar umbi parti untuk bertanding dalam Pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Calon Payung terjun tidak lagi sesuai ketika ini sebb dalam Parti itu sendiri sudah terdapat ramai gulungan professional kini memegang jawatan dan berada dalam barisan pemimpin parti berbanding 40 tahun yang lampau.

Tidak salah untuk  parti mencari dan memberi peluang kepada kumpulan professional  ini disamping diberi peluang untuk mewakili parti sebagai menghargai jasa dan pengorban mereka terhadap Parti selama ini. Pemilihan tersebut akan mendorong mereka terus mempastikan bahawa perjuangan senantiasa relevant setiap masa. Tidak mungkin akan berlaku ketidak puasan ahli akar umbi parti dalam memilih calon atau wakil mereka.







.

Comments