UMNO tidak perlu fikir nak wujudkan cawangannya ke Sarawak

Kedudukan Sarawak dalam Malaysia sejak penubuhan Kerajaan Persekutuan  Malaysia sehingga hari ini tidak memerlukan kewujudan Parti UMNO Melayu di Negeri ini. Negeri Sarawak yang juga diperintah oleh komponen parti Barisan Nasional terdiri dari PBB,PRS,SPDP dan SUPP membuktikan bahawa ikatan tersebut cukup kuat untuk membela dan memperjuangkan  kesejahteraan rakyat Sarawak yang terdiri dari lebih 30 ethnik suku kaum.

Sebagai rakyat Sarawak  ramai yang bersetuju dengan pandangan saya bahawa kemasukan UMNO  sebuah parti Melayu dari Malaya ke Sarawak tidak relevan  dengan keadaan iklim politik yang ada di negeri ini. Saya bersetuju dengan amanat Pehin Seri supaya rakyat Sarawak tidak terlibat dengan UMNO yang dilihat  berjuang untuk orang Melayu sahaja.

Oleh yang demikian saranan Pehin Seri  amat tepat supaya Kerajaan yang dipimpin oleh Ketua Menteri baru wajib bertegas dalam beberbagai hal dan isu dalam membela nasib rakyat  berbilang kaum bukan sahaja berpaksi atas satu kaum sahaja. Ini penting untuk kesenambungan keharmonian serta kesatuan kaum  di Negeri Sarawak.

Maka Perjanjian Penubuhan Malaysia  (Malaya /Sarawak tahun 1963) harus dipertahan oleh kepimpinan baru. Amanatt ini bukan satu penghinaan terhadap terhadap UMNO malah ianya sebagai peringatan untuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan  supaya hak hak rakyat Sarawak agar diberi peluang sama rata seperti mereka yang berada di Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan amanat tersebut saya berpendapat bahawa  sudah tiba masanya untuk wakil wakil Sarawak sama ada dalam Parlimen atau Senate wajib lantang bersuara. Peluang peluang perniagaan ,pendidikan dan perkerjaaan harus dijadikan agenda utama.

Mudahan mudahan Kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri baru merapatkan saf dalam usaha yang telah digariskan. Dan dalam masa yang sama memohon untuk bersatu menyokong pucuk kepimpinan dalam memaju serta membangun Negeri Sarawak.

Ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Tan Sri Adenan Satem  yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang ke 5 Sarawak. Juga kepada Pehin Seri selamat bersara dan setinggi tinggi tahniah bakal dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak menganti Tun Mohd Sallahuddin Bareng.

Comments