Sembang sembang Kedai kopi mengenai perlantikan TYT dan KM Sarawak.

Isu perlantikan Tuan Yang DiPertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak masih segar dan jadi perbualan rakyat diseluruh tanah air. Berbagai pandangan dilontar dan tidak sedikit juga yang mengeritik. Sudah tentu tahap dan standard pandangan agak berbeza dari satu meja dengan meja yang lain. Yang makan mee jawa spesial campur satay ,mee kolok sapi , roti canai kosong  atau telur ,bawang , daging dan sebagainya juga berbeza.

Biasa lah kedai kopi diawal pagi dihuni pelangan  terdiri dari kalangan jemaah yang balik setelah mengerjakan solat subuh dari Masjid dan Surau yang berdekatan. Rata rata yang duduk disebuah meja panjang berdekatan dengan meja saya teridiri dari  warga emas yang telah bersara.Kebanyakan berkupiah putih menandakan mereka sudah mengerja ibadat haji klo tidak sekurang kurangnya mengerja umrah. 

Tiba tiba salah seorang antara mereka dengan suara yang sinis lagi lantang mempersoalkan proses perlantikan Ketua Menteri dan TYT yang baru di Negeri Sarawak. Beliau mula dengan mempersoal kan sama ada proses perlantikan tersebut mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak ?

Saya dan rakan rakan yang lain memohon untuk menyambung meja  sebab tajuk yang dibincangkan  amat menarek perhatian umum. Kami diterima dengan penuh ikhlasan.

Saya diberi peluang menjawab bahawa perlantikan Ketua Menteri Sarawak berdasarkan Perlembagaan Negeri. Menurut Perlembagaan kuasa perlantikan tersebut adalah kuasa TYT jika dalam pandangan beliau calon atau bakal Ketua Menteri  itu mampu menguasai majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.  Bermakna mereka yang mendapat sokongan majoriti  boleh diambil kira mengikut heiraki parti. Pada pandangan umum memang Jabu atau Zohari dan Tengah antara yang amat layak dicalonkan. Kenapa jatuh kepada calon duduk diurutan bawah dlm parti ? sambungnya. Sedangkan sokongan ahli parti terhadap Zohari atau Tengah amat terserlah membuktikan suara sokongan Parti terhadap mereka menjadikan salah satu fakta mereka layak dilantik oleh TYT jadi Ketua Menteri penganti Pehi Seri.

Proses ini tidak dikira dalam perlantikan yang ada sekarang.  Parti telah memberi mandat mutlak kepada Pehin Seri Taib untuk memilih calon berdasar atas penilaian peribadi. Tiga nama calon telah diberi kepada beliau untuk dipilih sebagai penganti walau pun proses itu seharus nya melalui majlis dan hak memilih dan melantik dalam tangan TYT Sarawak.

Beliau menyambong dan menyoal apakah proses yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Sarawak telah berlaku ? Dari mata kasar ,saya menjawab , bahawa Pehin Seri telah mengunakan mandat parti untuk memilih bakal pengantinya. Bermakna proses yang disebut tadi tidak diambil kira.

Jom kita sama sama perhatikan senerio yang berlaku. Pehin Sri meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menamakan TS Adenan demi kepentingan persatuan dan kesatuan Parti dan rakyat negeri Sarawak berkuatkuasa pada 28hb Feb 2014 dan mengangkat sumpah pada 1hb Mac 2014 dihadapan TYT baru. Pada 28hb Feb TYT Tun Salahuddin turun tahta dan diganti dengan TYT baru pada hari yang sama.

Dalam proses perlantikan TYT baru menurut Pelembagaan adalah kuasa Yang Di Pertuan Agung setelah mendapat dan menerima pandangan dan sokongan dari Ketua Menteri. Tetapi apa yang berlaku Parti telah mengambil aleh peranan tersebut dan mencalon bakal TYT dengan menamakan Pehin Seri  (dirinya) sebagai pengantinya. Keganjilan ini berlaku sebb Sarawak memerlukan pemimpin yang berupaya menjaga keharmonian dan perpaduan kaum. Ini penting demi keselamatan dan kesejahteraan Negeri. Tidak salah kita lari sedikit dari amalan konvensyen dan perlembagaan atas tujuan tersebut.

Hampir semua menyanggah penjelasan yang saya utarakan. Rata rata berpendpat yang layak menduduki jawatan KM Sarawak adalah Jabu atau Zohari atau Tengah  memandang kedudukan senioriti mereka dalam Parti. Jawatan TYT harus disandang oleh mereka yang bukan bekas aktif dalam politik seperti Safari Awang Zaidel,Jamil Johari, Hamdan Sirat , Bujang Nor etc.

Ada yang mempersoal  pencalonan Pehin Seri jika  Yang Di Pertuan Agung menerima melantik beliau sebagai TYTdimana prosesnya mungkin tersasar sedikit dari intipati  Perlembagaan Negeri Sarawak.

Untuk memenangkan keadaan saya yakin dan berpendapat atas pengorbanan dan sikap setia kawan yang telah ditunjukankan oleh YB Abang Zohari  kemungkinan besar beliau akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang baru. Salah seorang yang hadir semeja menyerlah..."alah part of the deal lah tu".

Sembang sembang bertambah rancak. Tajuk bertukar  mengupas isu  mengenai soal siapa yang bakal menganti Pehin Seri di DUN Balingian.

Dalam kenyataan akhbar Pehin Seri pernah mengatakan bahawa terpulang kepada Ketua Menteri memilih calon penganti. Jika diperhatikan secara umum beberapa nama telah disebut dikawasan Balingian. Ada yang mengatakan Effendi Newawi , Dr.Juanda , Bakir Taib , Hamid Sepawi dan mantan ADUN Lambir Aiden Wing kebetulan anak watan Mukah.

Effendi Newawi dilihat sebagai ahli korperat mungkin dibawa kembali dalam arena politik Sarawaak.Mantan ADUN Dalat. Dilihat ada pertalian darah dengan Pehin Seri melalui mantan suami kakak Tun Rahman.Kurang mendapat sokongan ahli parti mutakhir ini. Tetapi itu bukan jadi isu.

Dr.Juanda Jaya berasal dari Igan seorang halim ulamak kini Mufti Perlis juga dikhabarkan bakal calon  ADUN Balingian sebab Kabinet Sarawak memerlu seorang pakar agama berbanding dengan Menteri yang ada sekarang. Ahli parti bukan jadi masalah. Sebab ramai yang jadi YB  di Sarawak juga belum menjadi ahli parti tetapi dicalon bertanding.

Hamid Sepawi sepupu Pehin Seri yang menguasai beberapa buah Syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur dan di luar Negara juga dilihat mendapat tempat. Ahli Parti dan amat setia kepada Pehin Seri. Salah seorang disenarai terkaya di Malaysia. Dengan kekayaan tersebut Balingian akan terus berkembang maju.

Bakir Taib adek beradek Sulaiman mantan MP Semarahan anak Pehin Seri  sendiri juga dikatakan berpeluang bertanding di Balingian. Ahli Parti dan memain peranan berkempen di kawasan MP Mukah dalam PRU13. Mungkin sebagai mengenang jasa ayahnya Ketua Menteri baru akan menamakan Bakir Taib penganti ayahnya di DUN Balingian. Tidak mustahil. Kerana TS Adenan juga bekas ipar Pehin Seri.

Aiden Wing mantan ADUN Lambir juga disebut sebab kawasan Mukah tidak ada wakil masyarakat kristian.

Siapa yang diramalkan akan bertanding untuk merebut kursi tersebut dari PBB /BN antaranya adalah Salleh Jaffarudin manta menteri kabinet kerajaan persekutuan , Calon dari DAP , Calon bebas termasuk Sylvester Ajah dan seperti biasa PKR juga berhasrat untuk mencoba nasib.

Dalam keadaan riuh rendah dan bising salah seorang mengatakan saya bersetuju orang kata bahawa permainan politik itu kotor. Kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Jangan percaya cakap orang politik  semua akhirnya untuk kepentingan diri dan ahli keluarga terdekatnya. Baik macam kita hadir dimasjid dan surau dengar ceramah agama sambil mengabdi diri terhadap Allah swt. Sebab tiada yang hidup menongkat langit sambil  berdiri memberi salam tanda majlis sembang sembang Sabtu bersurai.

Sambil bersalam saya memohon maaf jika sekiranya pandangan saya tidak betul.













Comments