Mapim jadi lambakkan ahli politikus yang kalah

MAPIM atau Mimbar Permuafakatan Ibu Bap Malaysia adalah sebuah NGO yang bertujuan membangun institusi keluarga yang lebih sejahtera. membantu dalam membendung gejala sosial yang berlaku dlm masyarakat tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

Yang menjadi tanda tanya kini Pertubuhan tersebut dikuasai oleh satu kaum sahaja. Perlembagaanya dipinda sehingga ianya bergerak seperti sebuah parti politik.

Mapim wujud di semua Negeri dan nama asalnya adalah Mapin. setelah beberapa tahun sejak penubuhan ahli ahli poltikus yang kalah bertanding dalam sebuah parti politik terbesar di Malaysia mula meresap kedalam Mapim. Budaya kepartian mereka dibawah masuk ke dalam Mapim sehingga AJK Mapim kebangsaan dikuasa oleh mereka yg kalah bertanding dlm pertandingan merebut jawatan dlm parti.

Mapim kebangsaan akan mengadakan mesyuarat agung tahun ini. Mereka yg berminat untuk menjawat jawatan tertinggi mapim mula merayap keseluruh negara. Ada  setengah mereka bersedia memecah kesatuan cawangan mengwujud ajk protem semata mata untuk meraih undi dari negeri walaupun langkah tersebut bertentangan dgn perlembagaan Mapim.

Ini lah risiko dan akibatnya jika budak politik terlibat dlm badan sukarelawan seperti Mapim. Mereka akan mengamal  pendekatan pecah belah kerana hendak  kedudukan. Padahal Mapim sejak penubuhan tidak punya rekod cemerlang dlm membela beberapa isu nasional i.e pendidikan ,kebajikan pelajar , gejala sosial dan sebagainya berbanding dengan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional yang diterajui oleh Datuk Pro.Ali Hassan diperingkat kebangsaan.


Mapim tidak banyak menyumbang diperingkat nasional. Malah diperingkat  cawanga ada negeri yg lansung tidak bergerak.Jika trend diteruskan alamat Mapim kebangsaan akan hancur kerana ramai kalangan pemimpin nasional syok sendiri.



Comments