Semalam saya terserempak dengan seorang kawan di RNR Jalan Astana Petra Jaya Kuching sambil berbual mengenai isu semasa ternyata satu tajuk yang amat menarek minat saya adalah seperti berikut.
Sekarang katanya nak hidup dan mati masyarkat memerlukan perbelanjaan yang begitu tinggi. Soalan tersebut tidak menghairankan saya kerana setiap kelahiran bayi sudah tentu berkehendakan perbelanjaan dari hari Ibu mengandung sehingga lah si ibu selamat melahirkan. Perbelanjaan hospital atau klinik keatas mereka yang lebih mampu akan membayar kos yang tinggi disamping perbelanjaan membesar anak anak mereka sehingga dewasa.
Tetapi disabalik itu jika seorang itu meninggal dunia terutamanya umat islam disekitar Kuching mereka akan sekali lagi berhadapan dengan satu perbelanjaan yang agak besar. Hari perkebumian sebuah keluarga akan membelanja tidak kurang dari RM1000.00 kos untuk mengurus jenazah,, penyadiaan kain kafan,mengali kubur , batu nissan , kerenda ,Van Jenazah dan termasuk kos pentadbiran yang lain lain yang dikenakan dibawah satu pakage yang disedia dan ditawarkan oleh Masjid Negeri.
Ini bermakna jika sebuah keluarga yang ditimpa kematian maka mereka seharusnya bersedia untuk membelanja RM1000.00 dalam pengurusan tersebut sehingga ianya selamat dikebumikan di perkuburan Semariang Kuching.
Keluarga yang mampu sudah tentu masalah ini tidak menjadi isu. Tetapi bayangkan jika jatuh keluarga yang kurang mampu dan pendapatan mereka dibawah paras kemiskinan maka ini akan menjadi satu beban yang tidak terhingga. Demi keluarga yang tercinta ada yang bergadai dan meminjam wang daripada orang yang ketiga untuk membayar kos tersebut.
Ini belum lagi termasuk kos tahlil yang diadakan selama 7 hari sekurang kurangnya. Tahlil kadang kadang dilihat seperti pesta dan ahli keluarga akan menyadiakan hidangan yang terbaik dan rumah dihiasi dengan lampu warna warni yang tidak menunjuk hari berkabung untuk keluarga yang ditimpa musibah.
Sambil merenung sejenak saya tidak terfikir kos pengurusan jenazah untuk umat islam di Kuching semahal itu. Lazimnya kalau berlaku di kawasan perkampungan baik di estate estate perumahan orang islam kebanyakan Ahli Masjid dan Surau dalam kawasan tersebut akan tampil kehadapan untuk menunaikan fardzu kifayah membantu mengurus jenazah. Kain kafan akan diderma oleh pihak surau dan masjid sepertimana lazim dilakukan.
Sehubungan dengan isu ini saya merasa Tabung Baitulmal Sarawak yang menerima sumbangan berjumlah tidak kurang dari RM50 juta setahun dari kakitangan kerajaan dan syarikat wajib mengwujudkan Tabung Hairat Kematian untuk membantu keluarga yang miskin. Mereka yang layak mendapat bantuan RM1000.00 setiap kali berlaku kematian dalam keluarga mereka dibenar memohon bantuan dari Tabung tersebut untuk menampung perbelanjaan. Sayarat pendapatan mereka dibawah paras kemiskinan atau tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.
Sumbangan tersebut mungkin lebih bermakna dari Tabung Baitulmal mendiri bangunan mencakar langit. Ini bukan bermakna saya membantah pembangunan tersebut tetapi dalam keadaan sekarang dimana pendidikan dan kebajikan masyarakat perlu diutamakan.Adakala penyumbang yang pernah menyumbang kepada Tabung Baitulmal Sarawak berpuluh tahun sehingga bersara ketika memohon bantuan sumbangan komputer dan perbelanjaan anak mereka ke Universiti tidak mendapat kelulusan dari TBS.
Comments
Post a Comment