Dasar pendidikan terlalu 'mengistimewakan' masyarakat Cina dan India

Isu sekolah vernakular bukan baru sekarang dibangkitkan. Saya bersetuju dengan pendapat mantan Hakim Makamah Rayuan  Datuk Mohd Nor Abdullah apa bila mengatakan bahawa kewujudan sekolah vernakular amat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Demi persatuan dan kesatuan bangsa malaysia sekolah vernakular seharusnya tidak wujud dari mula. Semua sekolah seharusnya dirujuk sebagai sekolah kebangsaan yang mengutamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan inggris dijadikan bahasa kedua. Pelajar pelajar diberi kebebasan untuk mempelajari bahasa Cina , Tamil ,Iban dan sebagainya dibangku sekolah rendah dan menengah.

Langkah tersebut sudah tentu akan mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum disamping tidak mengabaikan kaum minoriti seperti yang diperkatakan oleh Datuk Mohd Nor.

Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan dalam blue print pendidikan negara seharusnya diolah menuju kearah satu sekolah kebangsaan demi negara. Kalau tidak sudah pasti perbelahan akan terus wujud antara kaum dari generasi sekarang sehingga lah kegenerasi kemudian.

Saya percaya kepimpinan yang menerajui kerajaan ketika ini seolah olah  terpaksa mengalah sebab isu sekolah vernakular dipolitikkan. Maka kepimpinan kini  terpaksa tunduk atas tekanan politik dari kaum berkenaan dan terus memberi jaminan bahawa peruntukan untuk sekolah vernakular ditambah sebab "political servival" dan masa yang sama mengandai perpaduan dan keharmonian kaum yang boleh bersatu dibawah satu sistem kerajaan.Kaum Cina dan India harus memahami konsep ini.

Malaysia punya satu Rukun Negara dan kepercayaan dasar satu malaysia tetapi dalam masa yang sama  kerajaan membuat pendekatan bercanggah dengan perlembagaan  yang diterima pakai oleh semua.

Berikuat adalah petikan berita yang dipetik dari portal berita Astro Awani untuk tentapan dan komen:-.

Dasar pendidikan terlalu 'mengistimewakan' masyarakat Cina dan India - bekas hakim

16770?cp 
Teoh El Sen | Kemas kini: Jun 19, 2013
Dasar pendidikan terlalu 'mengistimewakan' masyarakat Cina dan India - bekas hakim
KUALA LUMPUR: Sokongan serta bantuan kerajaan terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menyebabkan golongan minoriti yang lain terabai.

Pandangan itu dilontarkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang turut menyifatkan perkara itu sebagai ‘melanggar perlembagaan’.

Menurutnya Dasar Pendidikan yang ada sekarang, melanggar Perkara 8 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang kesamarataan dan tidak berlaku diskriminasi terhadap pendidikan masing-masing.

Mohd Noor berkata kerajaan telah menjadikan masyarakat Cina dan Tamil "istimewa" dengan hanya memberi sokongan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), tetapi tidak bahasa etnik lain.

"Bagaimana pula dengan bumiputera di Sabah dan Sarawak? Kerajaan tidak menubuhkan atau membantu menubuhkan SJK Telegu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Siam dan sebagainya," kata Mohd Noor, yang mengatakan bahawa Orang Asli sepatutnya lebih istimewa daripada semua masyarakat lain.

"Guru-guru sekolah Cina dan Tamil, guru besar dan kakitangan yang dilantik dan dibayar gaji dengan dana kerajaan, tetapi tidak untuk masyarakat lain."

"Kerajaan memperoleh tanah dan memperuntukkan wang awam untuk kedua-dua masyarakat tetapi tidak kepada kaum lain."

Beliau menjelaskan bahawa Perkara 12 melarang diskriminasi terhadap rakyat atas alasan bangsa dalam pentadbiran institusi pendidikan awam, dan menurutnya sistem pendidikan sekarang ‘menghina Perlembagaan’.

Menyifatkan dasar pendidikan sebagai ‘zalim’ dan tidak ‘adil’, Mohd Noor, yang secara berseloroh menggelar dirinya ‘Hakim Perpaduan’, berkata status sekolah-sekolah vernakular perlu dikaji semula demi perpaduan negara.

Mohd Noor hari ini telah mencadangkan kepada kerajaan supaya sekolah-sekolah vernakular dijenamakan semula menjadi sekolah kebangsaan, yang menjadikan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia wajib tetapi memberikan pilihan untuk belajar bahasa lain.

"Kami tidak membunuh bahasa ... kami meminta supaya semua orang diberi peluang untuk belajar bahasa. Kami tidak menghapuskan sekolah-sekolah.

"Penjenamaan boleh memecah-belahkan. Guru-guru dan sekolah-sekolah masih boleh kekal di sana tetapi nama vernakular boleh digugurkan,” katanya.

Kata beliau lagi, cadangan lain ialah menjadikan sekolah-sekolah vernakular ditukar menjadi 'sekolah untuk pengajian rantau timur.'

Bulan lepas, Mohd Noor mencetuskan kontroversi apabila beliau mengisytiharkan bahawa usaha-usaha perlu dibuat untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu kepada 67%.

Berita mula diterbitkan pada: Jun 19, 2013 22:55 (MYT)


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/dasar-pendidikan-terlalu-mengistimewakan-masyarakat-cina-dan-india-bekas-hakim-16770?cp

Comments