TAKDA KERJA LAIN HARI HARI CAKAP POLITIK

Rakyat Malaysia hampir setahun bergelombang mengenai isu  Pilihanraya Umum yang ke 13dan hingga sekarang tidak siapa pun yang mengetahui bilakan sebenarnya pilihanraya umum Malaysia akan diadakan.Mengwujudkan satu teka teki kalangan rakyat hanya mendoroang rakyat untuk setiap hari dalam hidup mereka bercakap mengenai isu politik sehingga agenda kehidupan mereka tidak beri perhatian sewajarnya.

Disamping itu mass media termasuk masyarakat cyber tidak putus dan henti bercakap dan  menyentuh isu politik. menjelang hari dan sebelum tidur kita asyik mendengar berbagai isu politik. Tidak ketinggalan TV tempatan akan senantiasa membincang isu poltik. Tohmah mentohmah keji mengkeji fitnah menfitnah yang bercanggah dengan hukum agama tidak lagi menjadi pegangan hidup. Setengah dari ahli poltikus solat tidak tinggal manakala kerja fitnah menfitnah tetap berlaku. Budaya sebegini akan merugikan rakyat keseluruhan sudah tentu.

Mengambil jalan mudah kenapa tidak Parlimen melulskan satu rang undang undang hany menetap kan hari Pilihanraya untuk Malaysia. Disamping itu menghadkan kan supaya jawatan  Perdana Menteri,Menteri Besar dan Ketua Menteri dihadkan maksima dua penggal sahaja.

Di Malaysia beberapa buah  Negeri YB telah menjawat sebagai  Menteri Besar dan Ketua Menteri  hampir 6 penggal (30 tahun) atau mungkin lebih. Rakyat sudah merasa bosan dan kedudukan Parti pemerintah mungkin terjejas jika ini  terus dibudayakan. Kita harus  mengambil ikitibar dari apa yang berlaku di Timur Tengah. Rakayt mula memberontak dan perang dingin akan bermula dan sikap protes akan wujud sehingga mampu  menjejas prestasi  dalam memajukan negara kita. Disamping itu boleh menjejas keadaan ekonomi negara dan pelabur asing mula menempat semula operasi mereka keNegara yang lebih aman dan baik. Pelabur asing juga akan berfikir dua kali sebelum mereka mengambil keputusan untuk melabur diNegara kita. Yang rugi bukan pemimpin tetapi rakyat jelata akan menderita dan hidup sangsara.


Comments