Perbuatan sebahagian ahli
Majlis Tertinggi PBB dan dari ahli ahli Pati komponen Barisan
Nasional kononnya untuk menguling pucuk pemimpin adalah satu
perbuatan mengeniayai YAB Pehin Seri yang selama ini telah membela
dan mengangkat mereka sehingga mampu menduduki jawatan yang tertinggi
dalam Kerajaan..Jika ini benar seperti yang dilapurkan oleh Sarawak
Report sudah tentu reaksi masyarakat umum berbeza beza. Ada yang
mengatakan bahawa perbuatan ini adalah satu perbuatan penderhakaan
dan ada yang penyokong sebab YAB Pehin Seri sudah begitu lama
memegang tampuk Kerajaan Negeri Sarawak.
Setengah lagi yang
berpendapat bahawa perbuatan ini terpaksa dilakukan untuk
menyelamat Kerajaan barisan Nasional Negeri dari beraleh tangan ke
Pakatan. Populariti BN boleh tergugat jika YAB Pehin Seri terus
menerajui Kerajaan Negeri dalam pilihan raya yang akan datang.
Kedua,satu tekanan untuk Pehin Seri mengundur diri dan memaksa beliau
untuk menamakan penganti beliau dalam pemilihan Parti yang bakal
diadakan dalam tahun ini.Ketiga,mungkin berlaku pergolakan dalam
Parti PBB itu sendiri seperti PRS,SUPP dan SPDP.Keempat ,mungkin ada
sebahagian besar ahli Parti tidak bersetuju dengan pilihan YAB atas
calon yang bakal menganti beliau.Kelima,kumpulan ini mendesak YAB
Pehin Seri menunaikan janjinya untuk mengundur diri pertengahan
penggal seperti yang dijanjikan menjelang pilihan raya negeri baru
lalu.Keenam,mungkin mereka ini tidak bersetuju UMNO bertapak di
Negeri Sarawak jika bakal penganti YAB seorang pemimpin yang lemah
dan mudah dipujuk rayu oleh Kuala Lumpur.
Setelah khabar berita ini
disiarkan dalam internet oleh The Sarawak Report bersebar luas ramai
kalangan generasi muda baik dalam kerajaan atau diluar kerajaan amat
memberi sikap positif atas pergolakan ini jika ianya benar benar
berlaku. Dengan kewibawaan YAB Pehin Seri serta kematangan beliau
dalam pergolakan politik tanah air sejak zaman Tuanku Abdul Rahman
beliau mampu menangkis gerakan ini dan akan menyelamatkan kepimpinan
beliau berhadapan dengan tekanan ini.
Mereka berkata PBB nampak
utuh dan bersatu dbahawa kepimpinan Pehin Seri manakala beliau tidak
juga terlepas dari kritikan mengenai isu tanah,sosio ekonomi,peluang
pekerjaan,perniagaan dan sebagai oleh ahli Parti secara sinis.Tetapi
tidak seorang pun antara mereka yang berani menyuarakan termasuk ahli
Yang Berhormat mengenai isu tersebut dari masa kesemasa. Kebanyakan
mereka memilih berdiam diri sehingga mereka dikritik keras oleh ahli
diakar umbi.
Saya yakin berbagai fitnah
akan timbul menjelang Pilihanraya. Yang tidak ada akan diada adakan
oleh pihak lawan. Terpulang kepada masyarakat terutamanya para
pengundi untuk menilai kesahihan berita tersebut.
Hanya peringatan supaya
mereka jangan coba menganggau Herimau yang sedang tidur.Oleh yang demikian jangan terpangaruh dengan satu berita yang tidak sahih. Bersatulah demi kesatuan dan penyatuan bangsa.
Comments
Post a Comment