Perbuatan membakar kitab Bible yang
mengandungi Kalimah Allah oleh sekumpulan extremist adalah satu
perbuatan keterlaluan yang mampu mengundang perbelahan kaum dan agama
di Negara ini.
Sebelum mereka mula membakar kitab
tersebut apa kah mereka tidak memikir sensitivi kaum yang yang
beragama kristian yang berada di Sarawak dan Sabah. Perkatan Allah
sudah lama diguna pakai dalam kitab tersebut dalam Bahasa Melayu,Iban
dan Melano malah sebelum Sarawak dan Sabah bergabung dengan Malaya
mengwujudkan Persekutuan Malaysia.
Sabah dan Sarawak adalah sama taraf
dengan Semenanjung Tanah Melayu (Malaya) waktu membentuk Malaysia.
Dalam Perjanjian 18/20 Sarawak Sabah memliki kedaulatannya
tersendiri sebagai wilayah yang mempunyai kuasa autonomi nya sendiri
berbanding dengan negeri negeri di Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak baik di Sabah tidak
mempunyai masaalah orang Kristian mengunakan perkataan Allah dalam
kitab Bible mereka dalam Bahasa Melayu atau Indonesia sebb perkataan
tersebut memang sudah digunakan sebelum pembentukan Malaysia.
Sehingga sekarang belum kedengaran
Fatwa dari Majlis Fatwa Negeri Sarawak yang mengharamkan pengunaan
kalimah Allah walau pun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharam
kegunaannya. Kerana memandangkan sensitiviti orang kristian di
Sarawak maka saya percaya bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Fatwa
kebangsaan tidak diimpilimentasikan di Sarawak dan Sabah.
Kita memohon supaya ahli politikus
menjauhi diri dalam isu pengunaa kalimah Allah. Biar lah mereka yang
memahami hukum agama dari kedua belah pihak menyelesaikannya dengan
penuh bijaksana demi kepentingan perpaduan kesatuan kaum dan bangsa
keseluruhannya.
Dalam masa yang sama kita yakin bahawa
Jabatan Agama Negeri Sarawak telah banyak merangka program dakwah dan
usaha mendekati umat islam dalam memertabatkan akidah agama umat
muslim diseluruh negeri.
Comments
Post a Comment