Jabatan Kebajikan Sarawak wajib tampil bantu pekerja Samalajau yang dibuang kerja.

Saya terpanggil untuk membuat komen mengenai isu perkerja Semalajau yang di buang kerja baru baru ini. Dan teringat sejumlah besar pekerja Samina di Kuching juga dibuang kerja beberapa bulan yang lalu. Kedua pembuangan dan peberhantian kerja keatas anak tempatan diganti dengan pekerja asing amat menyedihkan.

Saya percaya dan yakin sudah tentu ada sebab musebabnya kenapa pekerja tempatan ini dibuang kerja. Dan perbuatan Majikan dengan berbuat demikian sudah tentu mengundang berbagai reaksi dari rakyat Sarawak. Dalam hal ini peluang kerja wajib di beri keutamaan kepada anak tempatan berbanding pengambilan pekerja asing.

Jumlah tenaga kerja yang diberhenti tidak kurang dari 100 orang dan kebanyakan mempunyai ahli keluarga yang bergantung dengan mereka. Ada setengah sudah mempunyai anak yang masih belajar dan tidak kurang juga ada yang berhadapan dengan berbagai pinjaman. Keadaan akan mengwujud kan berbagai masalah sosial dan kerajaan Negeri harus campur tangan seperti mereka campur tangan dalam menyelesai kes pekerja Samina dibuang kerja baru lalu.

Kementerian Pembangunan Keluarga Sarawak  melalui Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak telah mengambil langkah menyediakan dana bantuan khas kepada pekerja waktu itu termsuk pembahagian keperluan dapur diagihkan kepada pekerja Samina yang tidak bernasib baik ketika itu.

Saya yakin Kementerian mampu berbuat demikian kerana pembuangan tenaga kerja di Samalajau tidak ada beza nya apa yang dihadapi oleh pekerja Samina. Saya yakin YB Datuk Fatimah selaku Menteri yang bertanggungjawab  mampu bertindak melalui Jabatan Kebajkan Negeri termasuk mengagih keperluan dapur dan dana untuk menampung keperitan hidup yang bakal dilalui oleh tenaga kerja ini nanti. Kalau pekerja Samina layak mendapat bantuan kebajkan dan apa bezanya tenaga kerja Samalajau yang menerima nasib yang sama tidak layak mendapat bantuan seperti rakan mereka ( Tenaga kerja Samina di Kuching) sebelumnya.

Comments