Dua akaun Facebook "Semenanjung Anti Sarawak" dan "Bunuh Warga Sarawak Kat Semenanjung" ada lah satu perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.Dari segi bahasa yang digunakan kami percaya bahawa pemilik akaun ini dengan sengaja membangkit kemarahan penduduk Sarawak terhadap warga Semenanjung yang ada di Sarawak. Sudah tentu fitnah , hasutan ,kata kesat yang digunakan semata mata untuk melihat sejauh mana kah warga Sarawak bertindak dalam menghadapi provokasi tersebut
Pemilik akaun tersebut mungkin lupa bahawa warga Sarawak tetap bersatu jika berhadapan dengan provokasi seperti ini. Tidak kira mereka Melayu,Melano,Iban,Kayan,Kenyah,Cina dan sebagainya akan bersedia mempertahankan Negeri ini dari perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti ini.
Kita juga beringinan untuk membuat lapuran Polis, jika sekiranya pihak yang tertentu tidak mengambil tindakan yang sesuai terhadap pemilik akaun "Semenanjung Anti Sarawak" dalam masa yang terdekat.
Malaysia bermegah dengan teknologi terkini dan tidak ada sebab mereka tidak mampu menjejaki pemilik akaun tersebut dengan mudah dibawah Kementerian YB Datuk Rais Yatim. Malaysia mempunyai perundangan yang cukup baik dalam mengatasi provokasi dan hasutan pemilik akaun FB tersebut. Kita mempunyai S.114A Pindaan Akta Keterangan 2012 yang boleh diguna pakai mengheret mereka ke Makamah dan boleh di tuduh di bawah Akta Hasutan atau Kanun Jenayah.
Sejak lapuran Polis dibuat di Selangor oleh warga Sarawak terhadap pemilik FB "Bunuh Warga Sarawak kat Semenanjung"..sehingga hari ini tidak kedengaran tindakan dari pihak Polis. Maka oleh yang demikian,pemilik akaun tersebut merasa dirinya kebal undang undang mungkin pemilik yang sama mengwujudkan akaun FB baru "Semenanjung Anti Sarawak".
Oleh yang demikian kita beranggapan pemilik akaun ini sengaja membakar semanggat warga Sarawak melalu hasutan,provokasi,fitnah dengan tujuan untuk menggugat perpaduan dan penyatuan bangsa melalui masyarakat cyber (Netizen).
Kita mengutuk sekerasnya perbuatan mereka dan berharap pihak yang berkuasa untuk bertindak secepat mungkin sebelum keadaan memburuk seterusnya..

Comments
Post a Comment