RTM & Mohd Yusri Ahli Panel Wajib Mohon Maaf kepada Rakyat Sarawak dan Sabah.



RTM sebagai pengajur  yang  menyiarkan program Bicara Kompus bertajuk “Intergrasi Nasional”  pada 9hb September 2012  jam 10 malam melalui saluran TV1 wajib memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Sabah kerana telah membiarkan  dengan sengaja salah seorang ahli Panel Mohd Yusri  seorang pelajar dari UKM  melontar beberapa ujah yang berbau perkauman  dan memandang rendah  rakyat Sarawak dan Sabah atas kemajuan yang dicapai sejak merdeka.

Ada lah kurang tepat jika Md Yusri berhujah  dan mengatakan bahawa Semenanjung sebagai Pusat Pentadbiran wajib diberi peruntukan lebih manakala  dalam semanggat pergabungan Sarawak ,Sabah dan Malaya menubuh Malaysia  melalui Perjanjian 18/20 tidak sedikit pun menyebut pekara tersebut.  
Demikian juga mengenai royalty minyak yang telah disepakatkan oleh Kerajaan Sarawak  dan PATRONAS  ketika itu kerana telaga minyak berada di Sarawak dan Sabah. Malah Sarawak berpendapat  mutakhir ini  royalty 5%  yang dipersetujui patut dikaji semula. Bermakna kekayaan sumber alam dari Negeri Sarawak dan Sabah  yang banyak menyumbang  atas pendapatan Negara . Ini menunjukkan bahawa ahli panel tersebut terlalu daif dengan sejarah dan berbicara sesedap mulut dengan tidak menimbang sesentif rakyat Sarawak dan Sabah.

Kemajuan sesebuah Negeri bukan bergantung atas wujudnya  restoran makanan segera seperti Macdonal,KFC,Kenny Rogers dan sebagainya. Kemajuan Negari mesti diukur melalui GDP dan Pembangunan yang berjalan mentransformasikan  bandar bandar kecil  kesebuah bandar baru yang tersusun, warganya dibangun  dengan persediaan perasarana modern,kemudahan  pelajaran seperti menubuh IPTA /IPTS bertujuan untuk membina modal insan yang mahir ,generasi pelapis yang berwibawa dan berketerampilan dipasara nasional dan antara bangsa. Berhujah kerana adanya McdDonald  menunjukkan bahawa ceteknya  pengetahuan panel tersebut manakala warga Sarawak / Sabah lebih gemar memakan makanan tempatan. Tetapi Negeri Sarawak tetap maju dibawah program pembangunan yang di terajui oleh YAB Pehin Seri Taib Mahmud.

Pertanian juga menyumbang  atas pendapatan Negari seperti Kelapa Sawit ,Getah,Koko  dan sebagainya. Dalam program “borneonization” dibawah perjanjian pergabungan  sepatutnya  semua ketua Ketua Jabatan atau kaki tangan  kerajaan Persekutuan / Negeri  sudah tentu diterajui oleh anak anak tempatan (Sarawak) ketika ini. Tetapi malangnya jawatan jawatan tersebut di tawarkan kepada rakyat Semenanjung oleh  Jabatan Perkhidmatan Awam kerana memandangkan jumlah penganguran yang meningkat bukan bermakna nya anak tempatan  gemar hendak jadi petani dan nelayan. Ini satu fitnah dan pembohongan. Oleh kerana tidak berlakunya keseimbangan maka Suruhanjaya yang di Ketuai  oleh Tun Zaki telah diarah utnuk mentransformasikan Pejawat Awam di Negeri Sarawak. Disamping itu  beberbagai persiapan telah dirancang oleh Kerajaan negeri untuk menawar 1.2 juta kekosongan kerja mahir dan setengah mahir di SCORE.

Radio Television Malaysia  saluran TV1 telah  mengundang seorang pelajar yang tidak berpengalaman  sehingga membiarkan beliau menlontar  kenyatan yang memandang rendah kewibawaan rakyat Sarawak.  RTM mungkin lupa bahawa di Sarawak kita mempunyai  UNIMAS ,UiTM,Swinburne etc yang boleh menampung tidak kurang dari 20,00o pelajar. Mohd Yusri tidak layak dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel  dalam mana mana program seperti ini. Belum tentu kemenangan beliau berdebat mengbuktikan bahawa beliau sudah mempunyai tahap pemikiran yang matang dan bijak. Oleh yang demikian kami Rakyat Sarawak memohon Radio Telivision Malaysia saluran TV1 dan Mohd Yusri memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Sabah secara terbuka melalui media public termasuk RTM yang kami anggap bertanggungjawab atas siaran tersebut.

Comments

  1. I like the statement - say again cause i like it :)

    ReplyDelete
  2. How in the world did RTM or who ver they are let this kind of narrow minded people as panel into a talk show regarding National Integrity. RTM boss should take responsible too. So is the information minister (if there is such a portfolio).

    ReplyDelete

Post a Comment