Mengapa Malaysia memerlukan Akta Pekerja Sosial?
Malaysia sedang melalui pembangunan yang pesat dalam perjuangan untuk menjadi sebuah negara yang
berpendapatan tinggi. Akibatnya, masyarakat kita sedang menghadapi pelbagai cabaran sosial yang
semakin kompleks yang ada kesan terhadap kesejahteraan penduduk yang berkeperluan, termasuk kanakkanakdan keluarga, orang kurang upaya, warga tua, mereka yang mengalami masalah kesihatan secara
fizikal dan mental, dan kumpulan-kumpulan yang terdedah kepada eksploitasi dan bahaya.
Sepertimana profesion lain, seperti perubatan, kejuruteraan dan perundangan, profesion kerja sosial perlu
dikawal selia supaya rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang berkualiti tinggi yang
diberi oleh pekerja sosial yang profesional, cekap dan bertanggungjawab. Ini akan menyumbang kepada
pengurusan masalah sosial yang lebih sesuai dan berkesan dalam masyarakat kita.
Akta ini juga selaras dengan visi Malaysia untuk menjadi sebuah negara membangun dan berkeupayaan
untuk bersaing di peringkat dunia. Dengan mematuhi kepada piawaian kompetensi profesional, pengamal
dan pendidik kerja sosial di Malaysia akan diperakukan dan diiktiraf sebagai profesional, setanding dengan
piawaian kerja sosial di peringkat antarabangsa.
Siapa yang perlu mematuhi Akta ini?
Mereka yang bekerja dalam bidang kebajikan masyarakat di sektor kerajaan dan bukan kerajaan akan
mendapat manfaat daripada Akta Pekerja Sosial. Ini termasuklah mereka yang bekerja di Jabatan
Kebajikan Masyarakat, agensi Kerajaan yang lain seperti penjara dan pusat pemulihan dadah, serta
universiti dan pertubuhan bukan kerajaan.
Di bawah Akta ini, mereka akan berpeluang mendapat latihan yang diakreditasi bagi memperolehi lesen
untuk mengamal kerja sosial. Ini memberi peluang kepada mereka untuk memperolehi pengetahuan,
nilai dan kemahiran yang profesional, di samping mengikuti pendidikan yang berterusan dan mendapat
latihan tambahan supaya mereka sentiasa dapat didedahkan dengan amalan dan pengetahuan terkini serta
berupaya mengekalkan piawaian kompetensi kerja mereka.
Sebagai contoh, ramai pekerja kebajikan masyarakat yang berkemungkinan tidak mempunyai kelayakan,
tetapi mempunyai pengalaman kerja yang luas. Bagi memperakui kemahiran mereka, Akta Pekerja Sosial
akan menyediakan peruntukan dalam tempoh peralihan di mana mereka boleh memperolehi kelayakan
dan kemahiran yang bersesuaian untuk berdaftar dan mendapatkan lesen, dalam tempoh sepuluh tahun
selepas Akta ini diluluskan.
Di akhirnya nanti, sektor kebajikan dan masyarakat pada keseluruhannya akan dapat melonjak tinggi
melalui peningkatkan profesionalisme kerja sosial dan penyampaian perkhidmatan.
AKTA PEKERJA SOSIAL
Siapa akan melaksanakan Akta ini?
Suatu Majlis Kerja Sosial Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menguatkuasakan Akta dan menasihatkan
Menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat.
Majlis ini akan menyelia beberapa badan yang diberi tanggungjawab untuk memenuhi mandat Akta ini,
termasuk pendaftaran dan pelesenan, aduan, disiplin, pendidikan dan latihan, dan pembangunan
profesional kerja sosial.
Apakah kedudukan Akta pada masa kini?
Akta sedang digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan harapan
ianya akan diluluskan pada tahun 2011.
Adalah penting perundangan ini mencerminkan semangat pewujudannya. Akta ini disokong oleh satu
Pelan Tindakan yang menetapkan struktur operasi, protokol dan prosedur untuk kursus peringkat sijil dan
diploma, institusi latihan, penyeragaman dan penyelarasan program kerja sosial di universiti, serta
penubuhan jawatankuasa kerja untuk menyelia keseluruhan pelaksanaannya.
Pelan Tindakan ini yang telah bermula pada tahun 2010, memberi jaminan bahawa Akta ini akan memberi
impak apabila ianya dikuatkuasakan dan benar-benar akan membawa perubahan dalam kehidupan
masyarakat, terutamanya golongan penduduk yang berkeperluan di Malaysia seperti kanak-kanak dan
keluarga, orang kurang upaya, warga tua, mereka yang mengalami masalah kesihatan secara fizikal dan
mental, dan kumpulan-kumpulan yang terdedah kepada eksploitasi dan bahaya.

Comments
Post a Comment